Pengenalan
Pembangunan negara akan lebih dinikmati jika wujud keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial. Pembangunan bukan hanya harus seimbang malah perlu lestari atau “sustainable”. Bagi mencapai pembangunan lestari ini kerajaan berhasrat supaya penilaian impak sosial ataupun Social Impact Assessment (SIA) diamalkan di dalam proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan fizikal dan sosial. Amalan ini adalah wajar memandangkan matlamat utama proses SIA ialah untuk mengenal pasti unjuran kesan-kesan terhadap masyarakat akibat perancangan dan pelaksanaan pembangunan dan seterusnya mengesyorkan tindakan untuk mengurangkan impak negatif sebelum pelaksanaan direalisasikan. Cara ini akan memastikan sesuatu aktiviti pembangunan yang dirancang mendatangkan faedah kepada masyarakat dan tidak sebaliknya. Pendekatan SIA juga melibatkan masyarakat didalam perancangan aktiviti pembangunan dengan membuka peluangmasyarakat memberi input tentang keperluan pembangunan masyarakat setempat.
Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat menjadi negara maju mengikut acuan sendiri menjelang 2020. Namun demikian, pembangunan ekonomi yang pesat dan taraf hidup rakyat yang semakin meningkat turut mengundang pelbagai impak sosial seperti peminggiran, pengangguran, peningkatan kadar jenayah, masalah dan gejala sosial, kehilangan mata pencarian dan masalah penempatan. Lantaran itu, pembangunan ke arah negara maju harus seimbang dan lestari agar pelbagai masalah yang berkaitan dengan masyarakat dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan. Menyedari hakikat ini, kerajaan memutuskan supaya Penilaian Impak Sosial diamalkan dalam proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan bagi pembangunan fizikal dan sosial. Ia bertujuan bagi mengenal pasti dan menangani impak serta cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan sosial melalui pembangunan. Buku Pengenalan Ringkas SIA ini, berhasrat untuk memberi pengenalan dan penjelasan yang mudah dan ringkas tentang SIA supaya senang difahami dan digunakan oleh semua pihak yang berkenaan di semua peringkat dan sektor. Di samping itu, buku ringkas ini juga bertujuan untuk mewujudkan satu kesedaran dan kefahaman tentang guna pakai SIA dalam proses perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pemantauan program, projek dan aktiviti dalam kalangan pembuat dasar, pentadbir agensi pembangunan, pemimpin, ketua masyarakat dan anggota masyarakat yang lain.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
· Diperkenalkan pada tahun 1970, terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971-1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara dalam masyarakat yang berbilang kaum. DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990. Hal ini disebabkan program-program pembangunan yang dilancarkan selepas merdeka sebelum DEB didapati belum dapat mengatasi pelbagai masalah.
· Masalah-masalah tersebut ialah :
a) Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
b) Jurang sosioekonomi antara desa dan Bandar .
c) Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat dan pantai timur.
d) Jurang sosioekonomi antara negeri di semenanjung tanah melayu dan sabah Sarawak.
· Tindakan dan pelaksanaan perlu dilakukan dengan segera untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Matlamat DEB bersifat ‘serampang dua mata’, iaitu:
a) Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
b) Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Aspek kemiskinan
· Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat sukar dipupuk terutamanya apabila wujud jurang kemiskinan dan kekayaan yang terlalu bessar antara masyarakat dalam sebuah Negara. Aspek kemiskinan menjadi tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda Negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar Bandar malah di kawasan Bandar.
· Kaum Bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Pelbagai faktor dikaitkan dengan masalah kemiskinan di Malaysia pada ketika itu sepeti:
a) Bencana alam yang menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.
b) Kejatuhan harga barang eksport akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia.
c) Saiz isi rumah terlau besar.
d) Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploitasi poengeluar dengan membeli produk pada harga yang murah tetapi menjual pada harga yang mahal.
e) Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran.
f) Corak pertanian tradisional, factor-faktor sosial dan budaya
§ Pelbagai usaha dipraktikkan utuk membasmi kemiskinan melalui DEB sepeti:
a) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama penganggur.
b) Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
c) Memodenkan kehidupan diluar Bandar.
d) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
STRATEGI PEMBASMIAN
Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar Bandar dan kawasan Bandar.
a) Kemiskinan di luar Bandar
- kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebun kecil, penanam padi,pekerja estet, nelayan dan penternak.
-pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihaan, bekalan air dan elektrik. Selain itu, pihak kerajaan menyediakan bantuan subsidi.
b) Kemiskinan di Bandar
- Kumulan miskin di Bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan ini Berjaya dikurangkan.
- Penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan. Secara keseluruhan didapati mutu kehidupan masyarakat bertambah baik dengan pengenalan DEB. Misalnya dalam aspek kesihatan, kadar kematian kasar semakin berkurangan. Jangka hayat penduduk juga kian bertambah. Dalam aspek pelajaran pula, bilangan peljar di sekolah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Begitu juga dengan kadar masyarakat yang kenal huruf.
STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
· Stategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha penyusunan semula masyarakat:
a) Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum. Pendapatan kau Bumiputera Berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pandapatan dengan kaum lain. Kadar kemiskinan bagi semua kaum telah menurun.
b) Penyusunan semula corak guna tenaga. Pada peringkat awal kaum melayu amat kurang terbabit dalam kumpulan ‘ikhtisas dan teknik’ melainkan guru. Oleh itu, ramai orang melayu diserapkan kedalam sektor ini. Begitu juga dalam sektor perniagaan, kaum lain diserapkan supaya tidak mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum cina.
c) Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat. Golongan Bumiputera juga amat sedikit dalam permodalan atau memegang mana-mana saham syarikat. Justeru, orang melayu digalakkan untuk manyertai sektor ini.
d) Pencapaian-pencapaian lain. Pencapaian yang dimaksudkan ialah pancapaian dalam sektor industri seta pembangunan Bandar dan luar Bandar. Penduduk Bumiputera di Bandar-bandar juga semakin meningkat.
· DEB berjaya meengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi reality ‘perbezaan enik’ dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Hasilnya adalah positif dan dasar ini berjaya mencapai perpaduan nasional melaui falsafah ‘Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama’. Purata pertumbuhan ekonomi Negara meningkat sepeti di dalam jadual:
Malumat
|
1970
|
1990
|
Keluaran Dalam Negara Kasar
|
RM21,548
|
RM59,155
|
Pendapatan Perkapita
|
RM1,109
|
RM6,180
|
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
· Tahun 1990 menandakan berakhirnya RRJP1 dan DEB dalam tempoh pelaksanaan DEB , ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat.
· DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh , namun banyak kejayaan telah dicapai. DEB memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.
RRJPK2 talah digubal berasaskan DPN dan rancangan ini menandakan bermulanya satu era baru dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju menjelang 2020.
OBJEKTIF DPN
· Perpaduan Negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu sanga penting untuk memperkukuhkan kestabilan sosial, politik dan ekonomi yang berterusan.
· DPN menetapkan satu langkah kearah mencapai taraf Malaysia sebagai Negara yang maju dalam semua segi.
STARATEGI PELAKSANAAN DAN PENEKANAN ASPEK DPN
· DPN terus mengakalkan strategi asas DEB, iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum untuk menyumbang kearah perpaduan Negara.
· DPN bertujuan mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbangmerangkumi aspek-aspek kritikal. DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini dibawah DEB semasa wujud pelaksanaannya
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor- sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
Menggalakkan dan memperkukuh integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan Bandar dengan luar Bandar
DIMENSI-DIMENSI BAHARU DPN
· DPN mengandungi beberapa pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat seperti yang berikut:
a) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan serta mengekalkan penyertaan golongan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.
b) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat.
c) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk istem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
![]() |
| Pembangunan Nasional |
Dasar wawasan Negara
· Rangka rancangan jangka panjang 3 telah digubal berasaskan darsar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara (DWN) dengan tema utama , iaitu ‘meningkatkan keutuhan dan daya saing Negara’ . Dimensi baharu dasar yang diperkenalkan dalam DWN adalah seperti yang berikut :
a) Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.
b) Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan .
c) Pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan disamping penarikan.
d) Pelburan langsung asing (FOREIGN DIRECT INVESTMENT) yang berterusan kedalam bidang strategik .
e) Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
f) Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil seperti orang asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30% terendah.
g) Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta memiliki ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010.
h) Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi.
i) Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.
TERAS UTAMA DWN
· Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
· Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah.
· Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.
· Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
· Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.
· Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.
· Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.
Tujuh teras dalam dasar wawasan Negara
Teras
|
Penjelasan
|
Teras 1
Membina bangsa yang berdaya saing
|
· Rakyat perlulah bersatu padu, matang dalam politik, bertolak ansur, penyayang dan terus menikmati kehidupan yang tinggi.
· Kematangan politik adalah penting bagi kestabilan yang berterusan dan rakyat Malaysia tidak terjerumus kedalam fahaman sempit dan ekstrim.
|
Teras 2
Mewujudkan masyarakat yang saksama
|
· Meningkatkan pemilikan ekuiti kaum india kepada 35% menjelang tahun 2020.
· Mewujudkan usahawan Bumiputera yang lebih mapan, berdikari dan bertaraf dunia.
|
Teras 3
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
|
· Sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan akan digalakkan untuk menjana kedinamikan ekonomi dengan memberi penekanan yang lebih besar kepada input pengetahuan.
· Sektor berbankan, pasaran modal dan penyeliaan korporat akan diperkukuhkan.
|
Teras 4
Menghadapi persaingan antarabangsa
|
· Keusahawanan tempatan dipertingkatkan dan perusahaan kecil dan sederhana perlu berprestasi tinggi untuk bersaing di peringkat dunia.
· Melahirkan sektor awam bertaraf dunia.
|
Teras 5
Membangun ekonomi berasaskan pengetahuan
|
· Rasional asas untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti.
· Infrastruktur komunikasi dan multimedia akan dipertingkatkan untuk meyokong pengaliran pesat maklumat di dalam dan diluar Negara pada harga yang kompetitif.
|
Teras 6
Mengukuhkan pembangunan sumber manusia
|
· Keupayaan Negara bagi mendapatkan maklumat dan teknologi adalah ditentukan oleh sumber mnusia yang ada. Sistem pendidikan dan latihan diorientasikan semula bagi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi.
· Tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik, Sains dan bahasa asing. Sektor swasta juga diberikan peranan untuk membantu sektor awam dalam pendidikan tertiari.
|
Teras 7
Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan
|
· Memastikan persekitaran yang bersih, sihat dan produktif serta mampu memenuhi keperluan dan aspirasi Negara.
· Mengenal pasti pendekatan bersepadu dengan strategi yang berkesan kos dan dapat menghasilkan faedah yang berlipat ganda pada masa hadapan dengan lebih mapan.
|
![]() |
| Wawasan 2020 |
PELAN INDUK PERINDUSTRIAN NEGARA
· Sejak mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggiatkan usaha kearah mewujudkan Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian. Usaha ini merupakan satu langkah baharu kerajaan untuk mempelbagaikan sektor ekonomi Negara supaya tidak hanya bergantung kepada getah dan bijih timah sahaja.
· Usaha kerajaan bukan sahaja untuk memajukan Negara dengan cara mempelbagaikan kegiatan perindustrian, tetapi juga untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat. Selain menyediakan peluang pekerjaan, sektor ini juga akan dapat menjadi pengeksport utama Negara dan menyediakan latihan teknikal serta kemahiran kepada rakyat tempatan.
· Memandangkan dasar kerajaan untuk menjadikan sektor perindustriam sebagai industi utama Negara dalam jangka masa panjang, pihak kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kajian Dasar Perindustrian Negara dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) pada 3 Febuari 1986 untuk menyemak dan menggubal dasar-dasar perindustrian Negara dan mengkaji galakan pelaburan serta meningkatkan eksport.
Objektif, Pelaksanaan dan Strategi Pelan Induk Perindustrian Negara
Objektif/Matlamat
|
· Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian Negara
· Meggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli Negara.
· Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian
|
Pelaksanaan
|
Berjaya mengenalpasti 12 sektor yang perlu diberi penekanan dalam masa 10 tahum akan dating iaitu,
· Sektor yang berasaskan sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayu kayan, makanan, kimia, logm bukan ferus dan galian bukan ferus.
· Sektor industri yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin, kejuruteraan, logam-logam feruus, tekstil dan pakaian.
|
Strategi
|
· Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada
· Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import.
· Memajukan semula industri gantian import peringkat pertama. Contohnya, barang pengguna tahan lama dan industri gantian import peringkat kedua seperti alat penghubung.
· Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak barangan buatan Malaysia.
· Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baharu di Negara-negara sosialis dan Negara-negara yang sedang membangun.
· Memperluas kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju.
· Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan pihak swasta.
· Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan industri baharu.
· Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.
|
![]() |
| Pelan Induk Perindustrian Negara |
DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)
· Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia . Pada peringkat awal, penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur sayuran,buah buahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber makanan,mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk-penduduk tempatan. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah berasaskan pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri, iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di kuala kangsar, Perak.
· Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getahasli di duniauntuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Tanaman kelapa sawit mula diperkenalkan dan dimajukan padaa awal tahun 1960an diikuti dengan koko pada tahun 1970an. Seterusnya penubuhan Institut Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) pada tahun 1979 telah menjadikan kelapa sawit sebagai satu tanaman strategic kepada ekonomi Malaysia.
· Sumbangan terhadap KDNK telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM 3.6 bilion pada tahun 1985, iaitu peningkatan sebanyak 5.6%. jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Penubuhan Lembaga Koko Malaysia pada tahun 1988 untuk menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan dan penggunaan mengukuhkan lagi kedudukan tanaman koko sebagai tanaman selingan dalam sektor pertanian Malaysia.
· DPN telah dilancarkan pada 12 januari 1984. Ia digubal untuk menjadi garis panduan kepada pihak kerajaan dan sektor swasta untuk membangunkan sektor pertanian. Dasar ini juga digubal memandangkan sumbangan sektor pertanian kepada Negara semakin berkurangan berbanding dengan sektor lain seperti pembuatan dan perkhidmatan.
· DPN digubal untuk membangunkan perkhidmatan pertanian sehingga tahun 1991 dengan matlamat untuk:
a) Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian supaya dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
b) Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan pengeluaran dan kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan.
c) Memajukan komuditi-komuditi utama yang berpotensi besar untuk dieksport.
· Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN-2) diperkenalkan pula antara tahun 1992 hingga 1997. DPN-2 memberi penekanan-penekanan berikut :
a) Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan.
b) Meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman ladang)
c) Pembangunan industri asas tani.
· Selanjutnya kerajaan memperkenalkan pula Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN-3) bagi tempoh 1998-2010. Objektif utama DPN-3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor ini. Darar ini meliputi usaha memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan.
Objektif dan strategi DPN-3
Objektif/matlamat
|
· Meningkatkan keselamatan makanan (food security)
· Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian.
· Mengukuhkan pertalian dan sektor-sektor lain.
· Mewujudkan sumber petumbuhan yang baharu untuk sektor pertanian.
· Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mapan.
|
Strategi
Pendekatan Perhutanan
|
Bertujuan memberi perhatian kepada masalah keurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Dibawah pendekatan ini kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Pendekatan ini akan memberi manfaat-manfaat berikut :
· Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah pertanian yang baharu.
· Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesies pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan memaksimumkan pulangan.
|
Pendekatan Berasaskan Produk
|
Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus diseluruh dunia dapat diberikan. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian. Pendekatan ini akan dapat:
· Melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-20005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan perluasan industri sokongan dan perantaraan.
· Mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang pasaran. Penggunaan petunjuk-petunjukpasaran yang disalurkan kepada pengeluar akan memudahkan mereka membuat keputusan mengeluarkan bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk menyokong aktiviti pengeluaran berasaskan pertanian dan aktiviti ekonomi yang lain.
|
MODEL EKONOMI BARU
Pengenalan Model Ekonomi Baru bertujuan melonjakkan ekonomi Negara untuk menjadi negara maju menjelanh tahun 2020 dan meningkatkan pendapatan rakyat. Keutamaan Model Ekonomi Baru adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negar yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan yang lebih tinggi. Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar. Oleh itu, Malaysia terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu.
Lapan inisiatif akan diberi tumpuan iaitu menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi,membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.
Selain itu, membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan,meningkatkan sumber pertumbuhan dan memastikkan pertumbuhan yang mampan serta melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran dan akhir sekali memperkukuhkan sektor awam.
Matlamat Model Ekonomi Baru ialah mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi,kemapanan dan keterangkuman. Pelaksanaan Model Ekonomi Baru perlu dilakukan melalui pembinaan momentum yang berterusan supaya tidak kehilangan arah.
Pengenalan Model Ekonomi Baru merupakan suatu usaha kerajaan dalam memberikan pembaharuan kepada agenda pembangunan negara. Malaysia cuba memberikan keadilan kepada semua lapisan masyarakat. Malaysia menyedari bahawa ekonomi negara tidak boleh sentiasa berada di takuk yang lama.
Sekian terima kasih daripada kami :)
Pelajar Politeknik Nilai, Negeri sembilan
Pelajar Politeknik Nilai, Negeri sembilan







